ANTARA AMANAT DAN PESAN
Antara amanat dan Pesan Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir di Konvensyen UMNO 2012 yang berlansung di Kuala Kangsar
SENYUM...
Seorang budak lelaki yang cuba untuk mengambil gambar Dato Seri dan Datin Seri sambil dipegang ayahnye diatas bahu. Mengungkap antara kasihnye budak ini terhadap Menteri Besar Perak.
This is default featured post 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Wednesday, May 23, 2012
Thursday, March 8, 2012
...COKe--COLa naik harga kini RM250
F&N Coca-Cola (Malaysia) Sdn Bhd masih mengekalkan harga minuman mereka...tiada harga naik pada mana mana produk mereka.....hehehe jangan marah semua..
Cume Tokei nak bagi tahu pada semua penjawat penjawat awam tersenyum simpul apabila PM kite Dato' Seri Najib mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 13% kepada semua penjawat mengikut gred masing masing...Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
PM juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM
Manakala bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Tuesday, March 6, 2012
PCT berwajah baru....
Strategi dan idea dikumpulkan dan dijadikan plan induk dalam menghasilkan Team PCT diantara bloggers yang tersohor...dimata masyarakat maya dan nyata..
Diantara titik permulaan yang HOR nak wawarkan ialah logo PCT yang baru.....
TUNGGUUUUU KEMUCULANNYE...YANG LAIN AKAN HOR UPDATE KOME SEMUAAAA.......
Tuesday, February 28, 2012
MASALAH...MASALAH...
APA LAGI ALASAN...
Telah berbagai alasan dan kenyataan,telah lebih ribuan yang tertawan...MASALAH MASALAH.... Tapi rupanya jutaan lagi yang belum reda cercaan....
Adalah lebih baik "ana" mengundur diri dari PARTI ini..agar bisa " MEHEDI" mengemudi...
MASALAH..MASALAH... Mana bisa "ana" mencari rejeki bagi diisi buat 2 bini andai "undur diri" menjadi realiti....
MASALAH..MASALAH... DEWAN PERTIWI yang miliki SANA dan miliki SINI...belum lagi berbunyi...
Belum ada yang TANGISI,RATAPI akan sejarah "ana bermotivasi"..... "jam 3pagi"...
MASALAH..MASALAH... Pembenteng diri di mahkamah nanti cuma boleh menggentar diri... Aduh rupanya sang suami menanti...
MASALAH MASALAH.....
Mungkin begitu getus hati ULAM a BAD dalam bicara senyapnya..
Apapun dalam kenyataan ULAM a BAD AMIN kepada pwmberita tadi langsung tidak menyebut "SLOGAN KERAMAT BELIAU : KONSPIRASI UMNO" cuma sebut "MUNGKIN".....
KAHKAHKAH....
p/s: hari sabtu ngn cuti umum,malaikat still kerja la wahai peguam ulam BAD.... Mana punya sekolah la lawyer nih...
Imam Mahadi katanye
Monday, February 27, 2012
Siapakah KADIR sebenarnya?
Sepanjang minggu ni teman asyik terbaca di blog blog kekawan yang lain malah dalam FB pun ade jugak yang komen mahupun yang enak dan ade jugak yang x enak....berkenaan gambar MB Perak kite bermalam di masjid di Tanjung Malim itu hanyalah "LAKONAN" kata kebanyakkan orang PR yang cakap...pada teman itu hak memasing ler nak cakap ape pun...ate kome semuakan Hakim Hakim yang hebat belakakan...biorkan ler yang tanggung dose kome tu kome jugak...yang pasti teman mmg ada dkt situ...pada waktu kejadian x payahlah ler kome ngata lagi...yang Pasti MB kite mmg bermalam di masjid itu pada mlm tu....siap Qaimulail di masjid tue
jugak sembahyang subuh dan sarapan pagi dkt kedai berhampiran bersama ahli ahli masjid....isu menunjuk2 x pernah timbul...cume ada hamba Allah tu gi curi tangkap gambor masa beliau dah pun tidur dan upkan dlm twitter.....
Kepada semua yang x pernah tau, x pernah ambik tahu dan kepada yang x nak tahu... x mengapa sebabnye tanpa kome pun program akan tetap akan dibuat seperti biasa dan sambutan yang hadir pun Alhamdullilah sangat bagus...akan tetapi jika kome rasa nak datang silakan sebabnyer lagi ramai lagi baguih.....
4 Mac 2012 (Ahad)
Program: Kuliah Bulanan
Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak.
6 Mac 2012 (Selasa)
Program: Ceramah Perdana Hal Ehwal Islam.
Penceramah:
Masa: 9.00 malam
Tempat: Stadium TLDM Lumut
7 Mac 2012 (Rabu)
Program: Ceramah Perdana Hal Ehwal Islam.
Penceramah:
Masa: 9.00 malam
Tempat:Padang Bandaran Beruas
8 Mac 2012 (Khamis)
Program: Majlis Tahlil dan Yaasin Bersama Anak2 Yatim dan Tahfiz
Masa: 6.30 petang.
Tempat: Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak
Untuk pengetahuan kome semua program program ini sudah lama pun diadakan....cume tidak diwawarkan sangat....tapi andai katakan kome nie nak datang silakan pintu selalu terbuka kepada sesiapa sahaja.....
Friday, February 24, 2012
TUN MAHATHIR DEDAH TERIMA SURAT MINTA MALAYSIA JALIN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan beliau ada menerima surat daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu dan Ehud Barak semasa memegang jawatan Perdana Menteri, yang meminta supaya Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.
“Saya ada terima surat tersebut. Saya telah jawab dan menolak permintaan tersebut dengan alasan Malaysia tidak akan mengubah prinsipnya untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selagi Israel tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.
“Malangnya surat itu tidak pernah disiarkan dimana-mana media. Saya sendiri tidak faham kenapa kerajaan tidak membenarkan surat tersebut disiarkan hingga ke hari ini. Saya harap kerajaan Malaysia akan benarkan saya siarkan surat itu,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan beliau telah menulis surat kepada pemimpin Israel yang mengaitkan hubungan antara Malaysia dan Israel ketika itu.
“Malaysia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan diplomatik sama sekali dengan Israel.
“Kita tidak mempunyai apa-apa sebab kenapa harus menyokong Israel,’’ jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jelajah Keamanan Perak Darul Ridzuan –Waqaf Water4 Gaza di Dewan Bankuet Bangunan SUK petang tadi. Jelajah itu dianjurkan oleh Perdana Global Peace Foundation dengan kerjasama Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Apabila ditanya mengenai pendirian dan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini, beliau mengaku itu bukan satu kejutan baginya. Tetapi walau bagaimanapun dia berasa amat kecewa dengan kenyataan Anwar itu.
“Dia mempertahankan hak Israel kerana baginya segala tindakan Israel itu adalah untuk pertahankan keselamatan negaranya.
“Tapi tindakan yang diambil Israel nyata amat ganas, malah pegangan mereka adalah untuk menjadi lebih ganas daripada pengganas.
“Itu merupakan pendekatan Israel sebab itu mereka sanggup memusnahkan kampung dan bandar-bandar di Palestin, termasuk membunuh orang awam dan kanak-kanak,’’ katanya.
Tambahnya ini merupakan satu kezaliman dan merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
“Tetapi inilah yang dipanggil oleh Israel sebagai cara menyelamatkan negara Israel – jadi nampaknya Anwar menyokong itu,’’ katanya. Malah katanya ini adalah bertentangan dengan usaha pelbagai pihak yang menyokong negara Palestin.
“Kita nak pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang, dia (Anwar) pula menyokong orang yang menyerang yang nyata amat zalim,’’ katanya.
Sementara itu apabila ditanya mengenai pendirian Mursidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang tidak sependapat dengan Anwar dalam isu keselamatan Israel, katanya, ” walaupun Nik Aziz tidak menyokong pendapat tersebut, namun dia tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang. Jadi jika kita sokong satu orang yang mempunyai pendapat tertentu bermakna kita sokong pendapat itu juga lah.”
"Petikan dari Peraknews.com"
Wednesday, February 22, 2012
HARUSSANI TEGUR HADI KERANA ISU BAI’AH
"Petikan dari: Peraknews.com"
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan tindakan PAS mengikat calon-calon parti itu yang bertanding dalam PRU ke13 dengan melakukan bai’ah.
Beliau menasihatkan PAS supaya tidak menakut-nakutkan ahli-ahlinya dengan cara membuat bai’ah kerana “ia adalah isu akhirat.”
Harusani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presien PAS Dato’ Seri Hadi Awang dalam sebuah akhbar yang mewajibkan setiap calonnya yang bertanding dalam PRUke13 melakukan bai’ah.
Hadi berkata bai’ah itu penting bagi memastikan calon-calon PAS tidak menyeleweng daripada dasar lslam kerana“ mereka yang melanggar akan celaka dunia akhirat”.
Bai’ah juga kata Presiden PAS itu adalah satu bentuk pengakuan lebih besar daripada sumpah.
Harussani yang ditemui di pejabatnya pagi tadi memberitahu kenyataan Hadi itu “menakut-nakutkan saja, macamlah kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat.
Katanya soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah.
“Ini menakut-menakutkan saja, macam mana kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat kerana yang menentukan dunia akhirat itu kerja Allah.
Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita, ia adalah masalah Allah” katanya lagi.
Harussani berkata, kalau cara demokrasi, sebagai lslam dia mesti wajib bersikap jujur tetapi kenapa kita harus ikat dengan bai’ah pula.
"Petikan dari: Peraknews.com"
Tuesday, February 21, 2012
"ANTARA AMANAT DAN PESAN"
Dari TAHUN MELAWAT PERAK 2012,keberkesanan BAJET 2012 yang menjadi igauan kepada YB Nizar,komitmen demi komitmen yang ditunjukkan oleh Dr Zambry Abd Kadir dalam menerajui negeri,lalu kesan dari pembaharuan yang dibawa oleh Dr Zambry itu PAKATAN RAKYAT MENGATUR strategi baru bagi menghadapi BARISAN KEPIMPINAN DR ZAMBRY ABD KADIR.
KUNJUNGILAH CERAMAH CERAMAH MEREKA dan anda pasti bersetuju dengan kenyataan ini : bahasa tubuh penceramah penceramah itu seolah dilihat tidak berkeinginan untuk jadi PENGUASA,walaupun sebenarnya dalam diam gerakan mereka sudah menjalar keseluruh pelusuk negeri...
Kepakaran pelontar suara ceramah PR kini terarah kepada pengkhususan parti :
DAP : serangan terhadap BN,intergriti,ketelusan,pembaziran kerajaan BN
PAS : serangan terhadap UMNO, cara hidup syumul,nilai nilai islam dalam UMNO
PKR : serangan terhadap INDIVIDU,Najib Razak,Rosmah,Shahrizat.
NAMUN BUKAN ITU YANG NAK DIBICARAKAN DISINI...
AP tertarik dengan Konvensyen UMNO Negeri Perak yang berlangsung baru baru di Bandar DiRaja Kuala Kangsar...
Bayangkan dalam tempoh 3tahun ini,kita melihat bagaimana Dr Zambry Abd Kadir diasak dengan hinaan paling hina "HARAMJADAH"atau bahasa mudah "ANAK HARAM"MB TEKNIKAL,Dan berbagai bagai jenis cacian yang takkan mampu ditahan oleh insan,
Ditanya kepada Dr Zambry..."SEBAGAI INSAN BIASA,TENTULAH PERKARA ITU MENYEDIHKAN SAYA.....DAN MENJADI PRINSIP SAYA UNTUK TIDAK TERGOLONG DALAM KUMPULAN MANUSIA SEBEGITU"...
Namun menggentarkan naluri AP apabila melihat Dr Zambry hampir menitiskan airmatanya,.... Bukanlah disebabkan cacian,tapi atas sifat sayangnya pada........
Hati kanak kanak tidak pernah salah dalam menilai....
MB MELAWAT MANGSA BANJIR DI SEKITAR KG MANJOI 1200HRS
Monday, January 9, 2012
ANWAR AKAN HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU/BUMIPUTERA
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menghapuskan diskriminasi “kaum” sekiranya dilantik menjadi perdana menteri selain mengesahkan Pakatan Rakyat akan mengangkat hak semua bangsa.
Beliau juga akan menghapuskan status bumiputera yang dimiliki oleh hanya kepada orang Melayu sahaja. Ini bermakna segala kouta bagi status Bumiputera samada dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya akan dihapuskan terus.
“Kami akan menolong dan membantu semua bangsa, itu adalah perbezaan kami dengan Umno yang hanya menolong orang Melayu sahaja sedangkan bangsa lain dibiarkan merempat,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 orang dalam satu ceramah hadapan penyokong Cina di Subang Jaya malam tadi.
Beliau menceritakan pengalaman lalu kononnya seorang pelajar Cina (yang dinamakan Anwar sebagai Sui Lin, nama yang menjadi ingatannya sehingga kini) datang menemuinya untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian berikutan keluarganya tidak mampu membiayai yuran pengajian.
“Ini adalah pendiran saya. Jika saya ke Putrajaya saya akan pastikan Sui Lin dijaga seperti anak saya sendiri.
“Masalahnya moral rakyat Malaysia telah rosak, masalah pelacuran dan hubungan sejenis berleluasa,” kata Anwar.
Akhir sekali kata-kata Anwar kepada penyokong Cina,"lihatlah muka saya adakah saya pernah melanggan pelacur Cina Doll, adakah pernah saya meliwat, adakah muka saya sama dengan dalam video seks yang didedahkan oleh UMNO."
Sg Rapat Online