Friday, February 24, 2012

TUN MAHATHIR DEDAH TERIMA SURAT MINTA MALAYSIA JALIN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan beliau ada menerima surat daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu dan Ehud Barak semasa memegang jawatan Perdana Menteri, yang meminta supaya Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Saya ada terima surat tersebut. Saya telah jawab dan menolak permintaan tersebut dengan alasan Malaysia tidak akan mengubah prinsipnya untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selagi Israel tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

“Malangnya surat itu tidak pernah disiarkan dimana-mana media. Saya sendiri tidak faham kenapa kerajaan tidak membenarkan surat tersebut disiarkan hingga ke hari ini. Saya harap kerajaan Malaysia akan benarkan saya siarkan surat itu,’’ katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan beliau telah menulis surat kepada pemimpin Israel yang mengaitkan hubungan antara Malaysia dan Israel ketika itu.

“Malaysia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan diplomatik sama sekali dengan Israel.

“Kita tidak mempunyai apa-apa sebab kenapa harus menyokong Israel,’’ jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jelajah Keamanan Perak Darul Ridzuan –Waqaf Water4 Gaza di Dewan Bankuet Bangunan SUK petang tadi. Jelajah itu dianjurkan oleh Perdana Global Peace Foundation dengan kerjasama Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Apabila ditanya mengenai pendirian dan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini, beliau mengaku itu bukan satu kejutan baginya. Tetapi walau bagaimanapun dia berasa amat kecewa dengan kenyataan Anwar itu.

“Dia mempertahankan hak Israel kerana baginya segala tindakan Israel itu adalah untuk pertahankan keselamatan negaranya.

“Tapi tindakan yang diambil Israel nyata amat ganas, malah pegangan mereka adalah untuk menjadi lebih ganas daripada pengganas.

“Itu merupakan pendekatan Israel sebab itu mereka sanggup memusnahkan kampung dan bandar-bandar di Palestin, termasuk membunuh orang awam dan kanak-kanak,’’ katanya.

Tambahnya ini merupakan satu kezaliman dan merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

“Tetapi inilah yang dipanggil oleh Israel sebagai cara menyelamatkan negara Israel – jadi nampaknya Anwar menyokong itu,’’ katanya. Malah katanya ini adalah bertentangan dengan usaha pelbagai pihak yang menyokong negara Palestin.

“Kita nak pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang, dia (Anwar) pula menyokong orang yang menyerang yang nyata amat zalim,’’ katanya.

Sementara itu apabila ditanya mengenai pendirian Mursidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang tidak sependapat dengan Anwar dalam isu keselamatan Israel, katanya, ” walaupun Nik Aziz tidak menyokong pendapat tersebut, namun dia tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang. Jadi jika kita sokong satu orang yang mempunyai pendapat tertentu bermakna kita sokong pendapat itu juga lah.”


"Petikan dari Peraknews.com"

0 comments:

Post a Comment

Hasrat membuka Reban sendirik tercapai jua

Salam perkenalan kepada semua yg melawat blog kami ini. Walaupun blog ini masih baru kami berharap ia dapat diperbaiki dari masa kesemasa...kami berharap dengan bantuan kekawan kami boleh pergi lagi jauh..buat ketika ini kami masih mencari ramuan dalam menjadikan blog ini diantara blog yg seronok utk dilawati selalu...jika ada pandangan boleh laa kongsi skali yeaa...anyway selamat bloging...

P/S: SUDI SUDILAH MENJADI PENGIKUT REBAN DIBAWAH NIE YERKK

Citer Panas Reban