Wednesday, February 22, 2012

HARUSSANI TEGUR HADI KERANA ISU BAI’AH

"Petikan dari: Peraknews.com"


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan tindakan PAS mengikat calon-calon parti itu yang bertanding dalam PRU ke13 dengan melakukan bai’ah.

Beliau menasihatkan PAS supaya tidak menakut-nakutkan ahli-ahlinya dengan cara membuat bai’ah kerana “ia adalah isu akhirat.”

Harusani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presien PAS Dato’ Seri Hadi Awang dalam sebuah akhbar yang mewajibkan setiap calonnya yang bertanding dalam PRUke13 melakukan bai’ah.

Hadi berkata bai’ah itu penting bagi memastikan calon-calon PAS tidak menyeleweng daripada dasar lslam kerana“ mereka yang melanggar akan celaka dunia akhirat”.

Bai’ah juga kata Presiden PAS itu adalah satu bentuk pengakuan lebih besar daripada sumpah.

Harussani yang ditemui di pejabatnya pagi tadi memberitahu kenyataan Hadi itu “menakut-nakutkan saja, macamlah kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat.

Katanya soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah.

“Ini menakut-menakutkan saja, macam mana kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat kerana yang menentukan dunia akhirat itu kerja Allah.

Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita, ia adalah masalah Allah” katanya lagi.

Harussani berkata, kalau cara demokrasi, sebagai lslam dia mesti wajib bersikap jujur tetapi kenapa kita harus ikat dengan bai’ah pula.

"Petikan dari: Peraknews.com"

0 comments:

Post a Comment

Hasrat membuka Reban sendirik tercapai jua

Salam perkenalan kepada semua yg melawat blog kami ini. Walaupun blog ini masih baru kami berharap ia dapat diperbaiki dari masa kesemasa...kami berharap dengan bantuan kekawan kami boleh pergi lagi jauh..buat ketika ini kami masih mencari ramuan dalam menjadikan blog ini diantara blog yg seronok utk dilawati selalu...jika ada pandangan boleh laa kongsi skali yeaa...anyway selamat bloging...

P/S: SUDI SUDILAH MENJADI PENGIKUT REBAN DIBAWAH NIE YERKK

Citer Panas Reban