MB PERAK MELAWAT MANGSA MANGSA BANJIR

Melawat mangsa mangsa banjir di sekitar kg. Manjoi, Ipoh.

ANTARA AMANAT DAN PESAN

Antara amanat dan Pesan Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir di Konvensyen UMNO 2012 yang berlansung di Kuala Kangsar

SENYUM...

Seorang budak lelaki yang cuba untuk mengambil gambar Dato Seri dan Datin Seri sambil dipegang ayahnye diatas bahu. Mengungkap antara kasihnye budak ini terhadap Menteri Besar Perak.

MB PERAK DISALAH SATU MAJLIS QIAMULLAIL

Beliau dengan para ahli Masjid.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, May 23, 2012

DISNEYLAND Ipoh

"DISNEYLAND IPOH" (negeri ko ade????? hahahahaha) -shared from Parti Progresif Penduduk

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.


Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa. (via Asyikin Ainil)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Hasrat membuka Reban sendirik tercapai jua

Salam perkenalan kepada semua yg melawat blog kami ini. Walaupun blog ini masih baru kami berharap ia dapat diperbaiki dari masa kesemasa...kami berharap dengan bantuan kekawan kami boleh pergi lagi jauh..buat ketika ini kami masih mencari ramuan dalam menjadikan blog ini diantara blog yg seronok utk dilawati selalu...jika ada pandangan boleh laa kongsi skali yeaa...anyway selamat bloging...

P/S: SUDI SUDILAH MENJADI PENGIKUT REBAN DIBAWAH NIE YERKK

Citer Panas Reban