MB PERAK MELAWAT MANGSA MANGSA BANJIR

Melawat mangsa mangsa banjir di sekitar kg. Manjoi, Ipoh.

ANTARA AMANAT DAN PESAN

Antara amanat dan Pesan Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir di Konvensyen UMNO 2012 yang berlansung di Kuala Kangsar

SENYUM...

Seorang budak lelaki yang cuba untuk mengambil gambar Dato Seri dan Datin Seri sambil dipegang ayahnye diatas bahu. Mengungkap antara kasihnye budak ini terhadap Menteri Besar Perak.

MB PERAK DISALAH SATU MAJLIS QIAMULLAIL

Beliau dengan para ahli Masjid.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, February 28, 2012

MASALAH...MASALAH...


APA LAGI ALASAN...

Telah berbagai alasan dan kenyataan,telah lebih ribuan yang tertawan...MASALAH MASALAH.... Tapi rupanya jutaan lagi yang belum reda cercaan....

Adalah lebih baik "ana" mengundur diri dari PARTI ini..agar bisa " MEHEDI" mengemudi...

MASALAH..MASALAH... Mana bisa "ana" mencari rejeki bagi diisi buat 2 bini andai "undur diri" menjadi realiti....



MASALAH..MASALAH... DEWAN PERTIWI yang miliki SANA dan miliki SINI...belum lagi berbunyi...
Belum ada yang TANGISI,RATAPI akan sejarah "ana bermotivasi"..... "jam 3pagi"...

MASALAH..MASALAH... Pembenteng diri di mahkamah nanti cuma boleh menggentar diri... Aduh rupanya sang suami menanti...

MASALAH MASALAH.....

Mungkin begitu getus hati ULAM a BAD dalam bicara senyapnya..

Apapun dalam kenyataan ULAM a BAD AMIN kepada pwmberita tadi langsung tidak menyebut "SLOGAN KERAMAT BELIAU : KONSPIRASI UMNO" cuma sebut "MUNGKIN".....

KAHKAHKAH....

p/s: hari sabtu ngn cuti umum,malaikat still kerja la wahai peguam ulam BAD.... Mana punya sekolah la lawyer nih...

Imam Mahadi katanye


Ini rope orang yang nak Pancong kepala Mufti Perlis aritu elok..sangat ropenye
ada rupe tokoh untuk dijadikan PEMIMPIN ISLAM....kalau dia menjadi penceramah....teman pasti ramai yang akan percaya semua yang dicakapnye benar sangat.....Tapi kenapa jam 3 pagi...dan kenapa di dalam bilik? Kenapa? kenapa?...menjadi persoalan yang dilontarkan.



X mengapalah Ostat nak bantu selesaikan masalah pompuan jer kot....tapi kenapa 3 pagi....
dan kenapa dalam bilik...punye banyak lagi tempat lain yang boleh dibicarakan...kedai mamak, club disco, bilik kareoke, perpustakaan....tapi ini tidak dkt dalam bilik ape ker ceritenyer.....chor Ostat......


Mike pandai bertopengkan Islam dalam mencari publisiti murahan....tapi berkesan,
tapi Mike mengunakan nama utk dapatkan pompuan bini orang pulak tu....dasar kurang ajar punyer melayu.....kalau diikutkan Mike yang patut kene pancong.........Memalukan orang Islam ajer......

Monday, February 27, 2012

Siapakah KADIR sebenarnya?

Sepanjang minggu ni teman asyik terbaca di blog blog kekawan yang lain malah dalam FB pun ade jugak yang komen mahupun yang enak dan ade jugak yang x enak....berkenaan gambar MB Perak kite bermalam di masjid di Tanjung Malim itu hanyalah "LAKONAN" kata kebanyakkan orang PR yang cakap...pada teman itu hak memasing ler nak cakap ape pun...ate kome semuakan Hakim Hakim yang hebat belakakan...biorkan ler yang tanggung dose kome tu kome jugak...yang pasti teman mmg ada dkt situ...pada waktu kejadian x payahlah ler kome ngata lagi...yang Pasti MB kite mmg bermalam di masjid itu pada mlm tu....siap Qaimulail di masjid tue

jugak sembahyang subuh dan sarapan pagi dkt kedai berhampiran bersama ahli ahli masjid....isu menunjuk2 x pernah timbul...cume ada hamba Allah tu gi curi tangkap gambor masa beliau dah pun tidur dan upkan dlm twitter.....


Kepada semua yang x pernah tau, x pernah ambik tahu dan kepada yang x nak tahu... x mengapa sebabnye tanpa kome pun program akan tetap akan dibuat seperti biasa dan sambutan yang hadir pun Alhamdullilah sangat bagus...akan tetapi jika kome rasa nak datang silakan sebabnyer lagi ramai lagi baguih.....


Program KADIR dulu dikenali sebagai “Kebajikan Darul Ridzuan” (Yayasan Kebajikan Darul Ridzuan) pada Mac 2012

4 Mac 2012 (Ahad)

Program: Kuliah Bulanan

Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak.

6 Mac 2012 (Selasa)

Program: Ceramah Perdana Hal Ehwal Islam.

Penceramah:

Masa: 9.00 malam

Tempat: Stadium TLDM Lumut

7 Mac 2012 (Rabu)

Program: Ceramah Perdana Hal Ehwal Islam.

Penceramah:

Masa: 9.00 malam

Tempat:Padang Bandaran Beruas


8 Mac 2012 (Khamis)

Program: Majlis Tahlil dan Yaasin Bersama Anak2 Yatim dan Tahfiz

Masa: 6.30 petang.

Tempat: Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak

Untuk pengetahuan kome semua program program ini sudah lama pun diadakan....cume tidak diwawarkan sangat....tapi andai katakan kome nie nak datang silakan pintu selalu terbuka kepada sesiapa sahaja.....

Friday, February 24, 2012

TUN MAHATHIR DEDAH TERIMA SURAT MINTA MALAYSIA JALIN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan beliau ada menerima surat daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu dan Ehud Barak semasa memegang jawatan Perdana Menteri, yang meminta supaya Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Saya ada terima surat tersebut. Saya telah jawab dan menolak permintaan tersebut dengan alasan Malaysia tidak akan mengubah prinsipnya untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selagi Israel tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

“Malangnya surat itu tidak pernah disiarkan dimana-mana media. Saya sendiri tidak faham kenapa kerajaan tidak membenarkan surat tersebut disiarkan hingga ke hari ini. Saya harap kerajaan Malaysia akan benarkan saya siarkan surat itu,’’ katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan beliau telah menulis surat kepada pemimpin Israel yang mengaitkan hubungan antara Malaysia dan Israel ketika itu.

“Malaysia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan diplomatik sama sekali dengan Israel.

“Kita tidak mempunyai apa-apa sebab kenapa harus menyokong Israel,’’ jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jelajah Keamanan Perak Darul Ridzuan –Waqaf Water4 Gaza di Dewan Bankuet Bangunan SUK petang tadi. Jelajah itu dianjurkan oleh Perdana Global Peace Foundation dengan kerjasama Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Apabila ditanya mengenai pendirian dan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini, beliau mengaku itu bukan satu kejutan baginya. Tetapi walau bagaimanapun dia berasa amat kecewa dengan kenyataan Anwar itu.

“Dia mempertahankan hak Israel kerana baginya segala tindakan Israel itu adalah untuk pertahankan keselamatan negaranya.

“Tapi tindakan yang diambil Israel nyata amat ganas, malah pegangan mereka adalah untuk menjadi lebih ganas daripada pengganas.

“Itu merupakan pendekatan Israel sebab itu mereka sanggup memusnahkan kampung dan bandar-bandar di Palestin, termasuk membunuh orang awam dan kanak-kanak,’’ katanya.

Tambahnya ini merupakan satu kezaliman dan merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

“Tetapi inilah yang dipanggil oleh Israel sebagai cara menyelamatkan negara Israel – jadi nampaknya Anwar menyokong itu,’’ katanya. Malah katanya ini adalah bertentangan dengan usaha pelbagai pihak yang menyokong negara Palestin.

“Kita nak pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang, dia (Anwar) pula menyokong orang yang menyerang yang nyata amat zalim,’’ katanya.

Sementara itu apabila ditanya mengenai pendirian Mursidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang tidak sependapat dengan Anwar dalam isu keselamatan Israel, katanya, ” walaupun Nik Aziz tidak menyokong pendapat tersebut, namun dia tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang. Jadi jika kita sokong satu orang yang mempunyai pendapat tertentu bermakna kita sokong pendapat itu juga lah.”


"Petikan dari Peraknews.com"

Wednesday, February 22, 2012

HARUSSANI TEGUR HADI KERANA ISU BAI’AH

"Petikan dari: Peraknews.com"


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan tindakan PAS mengikat calon-calon parti itu yang bertanding dalam PRU ke13 dengan melakukan bai’ah.

Beliau menasihatkan PAS supaya tidak menakut-nakutkan ahli-ahlinya dengan cara membuat bai’ah kerana “ia adalah isu akhirat.”

Harusani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presien PAS Dato’ Seri Hadi Awang dalam sebuah akhbar yang mewajibkan setiap calonnya yang bertanding dalam PRUke13 melakukan bai’ah.

Hadi berkata bai’ah itu penting bagi memastikan calon-calon PAS tidak menyeleweng daripada dasar lslam kerana“ mereka yang melanggar akan celaka dunia akhirat”.

Bai’ah juga kata Presiden PAS itu adalah satu bentuk pengakuan lebih besar daripada sumpah.

Harussani yang ditemui di pejabatnya pagi tadi memberitahu kenyataan Hadi itu “menakut-nakutkan saja, macamlah kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat.

Katanya soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah.

“Ini menakut-menakutkan saja, macam mana kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat kerana yang menentukan dunia akhirat itu kerja Allah.

Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita, ia adalah masalah Allah” katanya lagi.

Harussani berkata, kalau cara demokrasi, sebagai lslam dia mesti wajib bersikap jujur tetapi kenapa kita harus ikat dengan bai’ah pula.

"Petikan dari: Peraknews.com"

Tuesday, February 21, 2012

"ANTARA AMANAT DAN PESAN"

"Petikan dari: angkatanpemikir.blogspot.com"

Politik Perak masih lagi diterangi sinar lampu limpah,betapa negeri bertuah ini( yang digelar Darul Kartun oleh YB Ngah Kor Ming di pentas pentas ceramah PR sebelum ini,)tidak pernah reda dari menarik rakyat untuk mengikuti kisah kisah terbarunya.
Dari TAHUN MELAWAT PERAK 2012,keberkesanan BAJET 2012 yang menjadi igauan kepada YB Nizar,komitmen demi komitmen yang ditunjukkan oleh Dr Zambry Abd Kadir dalam menerajui negeri,lalu kesan dari pembaharuan yang dibawa oleh Dr Zambry itu PAKATAN RAKYAT MENGATUR strategi baru bagi menghadapi BARISAN KEPIMPINAN DR ZAMBRY ABD KADIR.

KUNJUNGILAH CERAMAH CERAMAH MEREKA dan anda pasti bersetuju dengan kenyataan ini : bahasa tubuh penceramah penceramah itu seolah dilihat tidak berkeinginan untuk jadi PENGUASA,walaupun sebenarnya dalam diam gerakan mereka sudah menjalar keseluruh pelusuk negeri...


Kepakaran pelontar suara ceramah PR kini terarah kepada pengkhususan parti :

DAP : serangan terhadap BN,intergriti,ketelusan,pembaziran kerajaan BN
PAS : serangan terhadap UMNO, cara hidup syumul,nilai nilai islam dalam UMNO
PKR : serangan terhadap INDIVIDU,Najib Razak,Rosmah,Shahrizat.

NAMUN BUKAN ITU YANG NAK DIBICARAKAN DISINI...
AP tertarik dengan Konvensyen UMNO Negeri Perak yang berlangsung baru baru di Bandar DiRaja Kuala Kangsar...
Bayangkan dalam tempoh 3tahun ini,kita melihat bagaimana Dr Zambry Abd Kadir diasak dengan hinaan paling hina "HARAMJADAH"atau bahasa mudah "ANAK HARAM"MB TEKNIKAL,Dan berbagai bagai jenis cacian yang takkan mampu ditahan oleh insan,

Ditanya kepada Dr Zambry..."SEBAGAI INSAN BIASA,TENTULAH PERKARA ITU MENYEDIHKAN SAYA.....DAN MENJADI PRINSIP SAYA UNTUK TIDAK TERGOLONG DALAM KUMPULAN MANUSIA SEBEGITU"...

Namun menggentarkan naluri AP apabila melihat Dr Zambry hampir menitiskan airmatanya,.... Bukanlah disebabkan cacian,tapi atas sifat sayangnya pada........

Kecintaan pada Agama dan Bangsa lah perkara yang mampu menitiskan airmata seorang anak nelayan ini...bukan cacian dan makian Ngah Kor Ming,Nizar Jamaludin,Ngeh Kor Ham..


Hati kanak kanak tidak pernah salah dalam menilai....



Bukalah mata hati... "ANDAI KU HIDUP...DIJADIKAN PESAN...DITAKDIRKAN KU TIADA....DIJADIKAN AMANAT".......

"Petikan dari: angkatanpemikir.blogspot.com"

MB MELAWAT MANGSA BANJIR DI SEKITAR KG MANJOI 1200HRS

MB Perak meluangkan masa untuk melihat sendiri mangsa mangsa banjir, TR difahamkan beliau sendiri telah membuat panggilan kepada jabatan jabatan yang berkenaan bagi mambantu menyelesaikan masalah masalah yang timbul dengan secepat yang mungkin. Lihat bagaimana jiwa seorang Menteri berjiwa rakyat



sanggup redah air yang tinggi demi untuk memastikan semuanye harus dilihat sendiri..

Hasrat membuka Reban sendirik tercapai jua

Salam perkenalan kepada semua yg melawat blog kami ini. Walaupun blog ini masih baru kami berharap ia dapat diperbaiki dari masa kesemasa...kami berharap dengan bantuan kekawan kami boleh pergi lagi jauh..buat ketika ini kami masih mencari ramuan dalam menjadikan blog ini diantara blog yg seronok utk dilawati selalu...jika ada pandangan boleh laa kongsi skali yeaa...anyway selamat bloging...

P/S: SUDI SUDILAH MENJADI PENGIKUT REBAN DIBAWAH NIE YERKK

Citer Panas Reban